Thursday, 8 December 2011
Tuesday, 22 November 2011
Rungus Bangsa Ku....
Rungus terkenal
dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman.Pakaian
tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan
menggunakan kapas yang lebih dikenali sebagai kapok oleh penduduk
setempat.
Suku kaum Rungus di Sabah
memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna
hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang
kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai
daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak
mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara
hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.
Pakaian tradisi wanita Rungus
juga sarat dengan manik-manik yang direkacipta sendiri. Wanita Rungus
pada zaman dahulu sentiasa memakai pakaian ini dalam kehidupan seharian
seperti memasak, mengangkat air, menyulam dan lain-lain lagi.Kini ia
hanya dipakai ketika majlis perkahwinan, keraian, kematian mahupun
menjemput ketibaan tetamu ke rumah panjang.
Pakaian tradisi lelaki Rungus pula cukup ringkas dengan hanya sandai atau sopilang ( kain panjang dipakai bersilang), hokos (tali pinggang kain yang biasanya berwarna merah,hijau dan kuning), sigar (tengkolok) dan baduh (baju atau kain sarung) yang biasanya dipakai ketika melakukan tarian Sumundai Mongigol.
Big Bang
ini la group fav sy....Big Bang suatu nma yg tidak asing lg d industri hiburan...mereka bernaung d bawah YG Intertainment brsma dgn 2ne1.....kerjaya seni mereka bermula pada tahun 2006...single pertama mereka ialah 'We Belong Together'...time tu,,dorg masih lg budak2..hehe....ketua group dorg ne ialah G-Dragon...ahli group yg lain ialah T.O.P,Seung Ri,Daesung n Tae Yang....dorg semua mempunyai aura yg tersendiri yg boleh memikat hati sesiapa sahaja....baru-baru ne dorang menang awards kt EMA 2....ala,,yg kt MTV 2...dorg menang,,world best artist ke kalo saya tak silap la...anyway,,sedikit sebanyak pasal Big Bang ne je la yang saya tau...k,,,,see ya...^^
Subscribe to:
Posts (Atom)